Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Kenali Sabri

Sabri bin Mohamad Sharif merupakan perunding motivasi, penceramah, pelatih dan pengkuliah yang berpengalaman mengendalikan program motivasi dan kecemerlangan diri serta prestasi kepada lebih 10,000 peserta daripada pelbagai kelompok lapisan masyarakat sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak swasta. 


Baca Selanjutnya. Klik Sini

Saturday, April 18, 2009

Kenali Sabri


SABRI BIN MOHAMAD SHARIF, sabri_ccc@yahoo.com, 013-3976988
 

A) AKADEMIK
SABRI BIN MOHAMAD SHARIF, lahir pada 11hb Oktober 1974, di Kampung Lendu, Alor Gajah Melaka. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Lendu, Alor Gajah. Kemudian bersekolah menengah di Sek. Men. Keb. Agama Sultan Muhammad, Melaka dan Sek. Men. Agama Persekutuan, Kajang, Selangor. berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dengan kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selanjutnya beliau diterima masuk sebagai anggota Majlis Peguam Malaysia sebagai seorang Peguambela & Peguamcara, (called to the BAR)(2003) di samping diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah, Negeri Melaka (2000). Beliau mempunyai dua ijazah sarjana (master) iaitu Sarjana sains M.Sc (Lulus Cemerlang) dalam bidang Pengurusan Sains, Teknologi & Polisi pada bulan Oktober 2001 di Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan Perniagaan M.BA dalam bidang keusahawan di Universiti Ballarat, Australia pada tahun 2006. Sekarang, beliau sedang menyambung pengajian di peringkat PhD sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga telah ditawarkan biasiswa oleh kerajaan Jepun untuk mengikuti program kursus intensif JPO/IPR Training Course di Tokyo, selama hampir sebulan pada tahun 2008.  

B) JAWATAN
Sebelum ini, beliau pernah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan, Pengurusan Penyelidikan & Pembangunan & Inovasi dan Ketua Jabatan, Perhubungan Industri, dan pensyarah di Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau turut diundang sebagai Pensyarah Tamu di Universiti Malaya, semenjak tahun 2002-2007. Beliau merupakan Fellow, Malaysian Technopreneurship Development Centre (MATDEC), UTeM, Beliau juga telah dilantik sebagai Perunding dan Penceramah Tamu di Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) tahun 2007. Beliau juga telah diundang sebagai Penceramah Personaliti, Perunding & Penyelidik Khas oleh Institut Perkembangan Minda (INMIND), Selangor, dalam program Bina Insan dari tahun 2002 sehingga 2007. Pada tahun 2000-2005, beliau pernah terlibat dalam dunia korporat sebagai seorang Peguambela & Peguamcara dan jawatan terakhir adalah sebagai Naib Presiden Kanan di sebuah syarikat telekomunikasi ICT swasta di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang Tutor Sambilan di Jabatan Pengajian Sains & Teknologi Universiti Malaya pada tahun 2000 hingga 2001. 

C) JAWATAN DALAM PENULISAN & KEWARTAWANAN
Dari segi pengalaman bekerja, beliau pernah dilantik menjadi Intern Penyelidik bagi Pusat Kajian Kepimpinan dan Pembangunan(CELDES) di bawah kementerian Belia & Sukan Malaysia pada tahun 1996-1997, Pengacara (Compere) TV1 dalam Rancangan Komentar dan Selamat Pagi Malaysia pada tahun 1998, Kolumnis Majalah Antarabangsa Ethos, Penulis Penyumbang kepada Akhbar dan Majalah seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Watan, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Kosmik, Mutiara Malaysia dan lain-lain lagi. 

Dalam bidang kewartawanan pula, beliau berpengalaman luas dan pernah dilantik sebagai Ketua Pengarang Buletin GAPURA Majlis Gabungan Belia Melaka(1997-1999), Ketua Editor Buletin Serantau Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) (1997-1999) dan Ketua Pengarang Kumpulan Majalah The Gombak Post UIA (1996-1997). Dalam bidang penyiaran selain pernah bertugas menjadi Pengacara di TV 1(1998), beliau pernah ke udara sebagai tetamu khas dalam rancangan Kaunseling Belia di TV1(1996), Wawancara Khas sebagai Penulis Muda Berbakat di RSB TV3(1997) dan tetamu jemputan di Radio 1 dalam Bicara Generasi Muda Merdeka(1996). Beliau telah menghasilkan lebih daripada 70 artikel yang tersiar di pelbagai akhbar dan majalah tempatan dan antarabangsa. Beliau juga telah membentang lebih daripada 30 kertas kerja di seminar dan persidangan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

D) ANUGERAH PENULISAN
Di antara pencapaian terbaik beliau dalam bidang penulisan ialah menduduki anugerah Tempat Pertama Dalam Pertandingan Essei Ethos-Oxford anjuran Kelab Pelajar Oxford, Universiti Oxford UK dan British Airways (1998), di mana beliau telah berpeluang melawat universiti terkemuka di dunia itu selama hampir sebulan. Tempat Pertama Pertandingan Essei Perdana Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia(1997), di mana beliau juga telah dinobatkan sebagai Penulis Terbaik Rakan Muda Malaysia pada tahun berkenaan. Tempat Pertama Peraduan Penulisan Essei Sempena Pesta Konvokesyen Kali Ke-25 UKM (1997), Pemenang Pertama Pertandingan Essei Rakan Muda Bagi Bukan Mac 1997, Pemenang Kedua Peraduan Essei Nuklear Anjuran MINT(1997) dan Pertandingan Essei Internet anjuran Microsoft & UPM, Finalis Pertandingan Essei Kelab Oxford & Ethos (1997), Tempat Ketiga Peraduan Penulisan Rakan Muda Bulan Mei 1997 dan hadiah saguhati bagi Pertandingan Essei Negara Korea, Peraduan Essei Belanjawan 1998 anjuran Akhbar The Star dan Pertandingan Essei Rakan Muda Bulan April 1997. 

Selanjutnya, beberapa artikel terpilih untuk diterbitkan di dalam koleksi buku yang bertajuk “Cetusan Minda Generasi Muda” terbitan Majlis Belia Malaysia pada tahun 1998. Beliau juga telah menjadi salah seorang penulis dalam buku bertajuk ”Kemahiran Insaniah” terbitan UTeM (2008), dan telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ”Generasi Ulul Albab, Segunung Harapan, Seteguh Gagasan” terbitan Karisma Publications Sdn Bhd pada Januari, 2009.

E) KEPIMPINAN
Di bidang kepimpinan, beliau pernah dilantik sebagai Ketua II Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) (2002-2006) dan Exco Alumni UIAM (2003-2006). Sewaktu di universiti, beliau pernah diamanahkan sebagai Presiden Kelab Pengguna, Timbalan Presiden Persatuan Undang-Undang dan Exco LEADS (Leadership Dynamic Academy). Di peringkat belia, beliau pernah diamanahkan sebagai Exco Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) (1996-2000), Exco Belia 4B Melaka(1998-1999), Exco Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT), Setiausaha dan Naib Yang Dipertua Kumpulan Pengajian Islam Melaka (KPIM) (1998-2002), Exco Belia 4B Kawasan Alor Gajah dan Pengerusi Belia 4B Cawangan Lendu. Di peringkat antarabangsa beliau pernah dihantar mewakili Malaysia dalam Forum Belia Antarabangsa di Seoul & Kwangju Korea Selatan (1998) dan mewakili UIAM ke Seminar Nusantara Kebangkitan Asia di Riau Indonesia (1996). 

Beliau merupakan perunding motivasi, penceramah, pelatiah dan pengkuliah yang berpengalaman mengendalikan program motivasi dan kecemerlangan diri serta prestasi kepada lebih 10,000 peserta daripada pelbagai kelompok lapisan masyarakat sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak swasta. 

0 comments:

Channel Youtube Sabri

Diari Aktiviti

Dapatkan maklumat tentang aktiviti yang disertai Sabri sebagai Penceramah, Pengkuliah dan Konsultansi. Klik Sini

Senarai Ceramah

Dapatkan Senarai Ceramah Sabri. Klik sini.

Gambar

Lihat Gambar terbaru Sabri. Klik sini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP