Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Kenali Sabri

Sabri bin Mohamad Sharif merupakan perunding motivasi, penceramah, pelatih dan pengkuliah yang berpengalaman mengendalikan program motivasi dan kecemerlangan diri serta prestasi kepada lebih 10,000 peserta daripada pelbagai kelompok lapisan masyarakat sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak swasta. 


Baca Selanjutnya. Klik Sini

Wednesday, April 15, 2009

Buku Terbaru " GENERASI ULUL ALBAB : SEGUNUNG HARAPAN , SETEGUH GAGASAN "


Telah Terbit !!!


Dapatkan terus buku ini dengan menghubungi saya melalui nombor ini 013-3976988 atau email sabri_ccc@yahoo.com atau buat tempahan kepada penerbit buku ini seperti maklumat di bawah :-

No 19, Jalan Juruanalisis U1/35, Hicom-Glenmarie Industrial Park, Shah Alam,40150, Selangor
Tel:603-55692430/2431/2435
Fax:603-55694322
URL: http://www.karisma.com.my/
Email: karismap@hotmail.com.

Sempena Pesta Buku Antarabangsa 17-26 April di PWTC anda boleh dapatkan buku ini di Kedai Serbaneka B SMART. Hubungi Abas untuk keterangan lanjut melalui nombor ini 016-2760328 atau di gerai buku penerbit Karisma Publication.


Sinopsis

Buku GENERASI ULUL ALBAB: SEGUNUNG HARAPAN, SETEGUH GAGASAN ini buah tangan terbaru penulis yang mengupas tentang generasi yang disebut dalam Al-Quran sebagai generasi Ulul Albab. Generasi Ulul Albab bukan sebarang generasi. Generasi ini amat istimewa dan menjadi harapan umat sepanjang zaman. Generasi ini dikatakan mempunyai daya ‘kompetensi teras kegemilangan’ yang diselaputi oleh kekuatan roh dan jasad dan sangat berupaya menempuh apa sahaja bentuk cabaran serta rintangan, walaupun kadangkala sangat mencabar dan mendebarkan.

Setiap orang mempunyai harapan. Amat jarang dan hampir tiada, manusia yang tidak mempunyai harapan. Baik manusia tersebut hebat atau kerdil, berpangkat besar atau tidak, kaya atau miskin, semuanya mempunyai impian dan harapan. Kita mungkin tersalah langkah, tersalah pilih, tersalah kata dan tersalah kasih, namun kita jangan terputus harapan. Selagi kita hidup, kita mesti terus mengharap dan mengharap kepada sebuah impian dan harapan. Apatah lagi jika harapan tersebut sebuah harapan yang murni lagi suci. Ada insan yang harapannya tinggi melangit, menggunung, membukit, mendatar dan menjunam. Namun, harapan yang setinggi melangit atau menggunung, yang sudah barangpasti akan menjadi idaman bagi setiap insan yang bernafas di atas muka bumi ini. Saya juga tergolong dalam kelompok ini. Harapan saya tidaklah terlalu melangit atau menggunung, tetapi tidak juga ingin diancam untuk terus menjunam. Harapan saya memanglah untuk menggapai langit, namun jika ditakdirkan sampai mencecah ke awan, itu sudah memadai, sementara saya terus mencuba dan mencuba dengan memperbaiki untuk bangkit dan meneruskan perjalanan untuk menggapai langit. Allah Maha Besar!

Apa yang ingin saya harapkan? Saya mengharapkan agar terlahirnya generasi akan datang, generasi yang bertaqwa, berakal, berkualiti, bermodal insan tinggi, berperibadi unggul, kompeten dan sentiasa memikirkan tentang kesinambungan perjuangan agama, bangsa dan negara. Generasi sebegini, telah disebut dalam Al-Quran sebagai generasi Ulul Albab. Generasi Ulul Albab bukan sebarang generasi. Generasi ini amat istimewa dan menjadi harapan umat sepanjang zaman. Generasi ini dikatakan mempunyai daya ‘kompetensi teras kegemilangan’ yang diselaputi oleh kekuatan roh dan jasad dan sangat berupaya menempuh apa sahaja bentuk cabaran serta rintangan, walaupun kadangkala sangat mencabar dan mendebarkan.      

Harapan bukan sekadar mimpi. Malah harapan yang disulami dengan gagasan, berupaya membangkitkan motivasi, mencetuskan inspirasi, mengotakan janji, menjelmakan realiti dan merapatkan hubungan dengan Ilahi.

Salahkah kita mengharap? Jawapannya tidak!
Kehebatan sebuah HARAPAN cukup luar biasa. Salehuddin Al-Ayubi, pernah mengharapkan bahawa dialah insan yang akan membuka dan menawan semula kota Baitul Maqdis. Akhirnya, harapan beliau terlaksana. Memang beliaulah insan terpilih yang telah ditakdirkan merebut kembali kota tersebut. 

Muhammad bin Murad atau lebih dikenali sebagai Muhammad ’Al-Fateh’ seorang belia berbangsa Turki, sangat mengharapkan agar dialah orangnya yang akan merealisasikan janji Rasulullah S.A.W. dengan pembukaan kota Konstantinople atau sekarang lebih dikenali dengan nama Istanbul. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Hakim, mafhumnya berbunyi; pada suatu hari nanti negara Istanbul pasti akan ditakluk. Sebaik-baik raja (ketua) adalah raja yang mentadbirnya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang berjihad bersama untuk menaklukinya. Sejarah telah mentakdirkan, harapannya dikabulkan dan akhirnya terbukti, memang dialah insan terpilih yang dimaksudkan, bagi membuka kota Konstantinople.   

Buku Generasi Ulul Albab ini banyak menyentuh aspek zikir, fikir dan amal soleh, sejajar dengan usaha melahirkan generasi Ulul Albab, yang mempunyai kekuatan akal, daya fikir, memperoleh hikmah dan sentiasa mendapat petunjuk serta rahmat daripada Allah SWT. Kupasan buku ini merangkumi pelbagai isu-isu sejarah, ibrah (pengajaran), semasa (muasir) yang melibatkan idea, konflik, perjuangan, cabaran dan perancangan serta masa depan ummah. la telah dibahagikan kepada tujuh bab utama.

Dalam bab pertama, yang bertajuk GENERASI ULUL ALBAB, menerang dan mengupas dengan panjang lebar tentang pengertian sebenar perkataan Ulu] Albab yang dipelopori oleh Al-Quran Al-Karim. la juga mengupas mengenai ciri-ciri Ulul Albab, yang dipetik daripada Al-Quran Al-Karim.Perkataan Ulul Albab telah disebut sebanyak 16 kali dalam Al-Quran.

Dalam bab kedua, digabungkan tiga kriteria Ulul Albab iaitu; ’Orang yang berakal fikiran dan bertaqwa', 'orang yang sentiasa membekali diri dengan taqwa' dan 'orang yang mengambil hikmah dari firman-Nya' sebagai GENERASI BERAKAL FIKIRAN, PEROLEH HIKMAH DAN BERTAQWA. Artikel-artikel di dalam bab ini, mengupas tentang pelbagai isu kontemporari, yang semuanya menjurus kepada hasrat dan tekad, untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia, dan akhirat.

Dalam bab ketiga, dicantumkan kriteria Ulul Albab yang keempat, kelima dan keenam iaitu; 'Orang yang bersungguh¬-sungguh mencari ilmu', 'orang yang sentiasa merenung dan memikirkan tentang kejadian di langit dan bumi serta mengingati Allah' dan 'orang yang sentiasa memilih kebaikan dan tidak terpesona dengan keburukan', sebagai GENERASI BERILMU, BERZIKIR DAN AMAL MAKRUF. Tajuk¬-tajuk dalam bab ini, mengajak kita menjadi generasi Ulul Albab yang berilmu, sentiasa mengingati Allah dan suka melakukan kebaikan serta kebajikan kepada umat manusia.

Manakala dalam bab keempat buku ini, dirangkumkan kriteria Ulul Albab yang ketujuh, kelapan dan kesembilan iaitu; 'Orang yang mengambil pengajaran dari sejarah umat terdahulu', 'orang yang menginsafi dan beriman dengan kebenaran Al-Quran', dan 'orang yang menjadikan Al-Quran sebagai peringatan dan pengetahuan tentang kebesaran Allah', sebagai GENERASI AL-QURAN DAN MENGINSAFI SEJARAH. Kerencaman tajuk artikel-artikel ini, mengajak kita menjadi generasi Al-Quran yang unik (Jilun Quraniyun Farid) dan mengimbau kembali sejarah silam, untuk diinsafi dan menjadi pengajaran kepada generasi Ulul Albab.

Dalam bab kelima, digabungkan kriteria Ulul Albab yang kesepuluh dan kesebelas iaitu; 'Orang yang mengambil pengajaran dari Kitab yang diwahyukan' dan 'orang yang diberi rahmat dan peringatan, jika bersabar', sebagai GENERASI YANG SENTIASA MENGAMBIL PENGAJARAN DAN MENDAPAT RAHMAT. Tajuk-tajuk dalam bab ini sangat rencam dan pelbagai, tetapi tidak mengurangi matlamat asal generasi Ulul Albab, yang sentiasa menekankan aspek berfikir dan berakal, yang berupaya memahami kehidupan dan permasalahan umat.

Melalui bab keenam, dicantumkan kriteria Ulul Albab yang kedua belas, ketiga belas dan keempat belas iaitu; 'Orang yang mengerjakan ibadat pada waktu malam (qiamullail) dan mengharap rahmat Allah', 'orang yang kritis mendengar dan mengambil iktibar fenomena kejadian alam', sebagai GENERASI YANG MELAZIMI QIAMULLAIL, KRITIS DAN BERFIKIR TENTANG FENOMENA ALAM. Topik-topik dalam bab ini, membahaskan pelbagai isu kontemporari yang sedang berlaku kepada masyarakat kita, sama ada yang bersifat nasional dan bertaraf global. Sebagai generasi Ulul Albab, mereka bukan sekadar generasi yang hanya tahu bernostalgik dengan kegemilangan tamadun Islam di zaman silam, tetapi mereka hendaklah kompeten, berpengetahuan luas, bermodal insan tinggi, memahami suasana terkini dan perubahan zamannya.

Dalam bab ketujuh, dirangkumkan kriteria Ulul Albab yang kelima belas dan keenam belas iaitu; 'Orang yang dikurnia hidayah dan peringatan', dan 'orang yang beriman dan takut dengan azab Allah', sebagai GENERASI BERIMAN, TAKUT AZAB ALLAH DAN DIKURNIA HIDAYAH. Kerencaman artikel-artikel dalam bab ini, menggambarkan kriteria Ulul Albab sebagai generasi yang komprehensif, unggul, akhlak terpuji dan menjadi impian seluruh umat manusia sepanjang zaman.Kita semua diseru dandipertanggungjawabkan untuk sama-sama berganding bahu, dalam melahir, menjadi dan membentuk diri, anak-anak serta masyarakat kita, menjadi suatu generasi idaman semua, yang akan mencipta sejarah dan memakmurkan alam iaitu, generasi Ulul Albab. Sama-sama kita berdoa dan berusaha keras ke arah itu!

Marilah kita berharap agar pada suatu ketika nanti, akan muncul generasi Ulul Albab. Siapa tahu barangkali memang benar-benar, Allah telah memilih dan mentakdirkan andalah pemimpin yang tersebut, yang bercirikan Ulul Albab. Mulai sekarang, dengan rendah diri, jangan berhenti dan teruskan mengharap dan mengharap!

5 comments:

Anonymous,  June 28, 2008 at 9:50 PM  

Encik sabri bile buku ni nak keluar?

SABRI BIN MOHAMAD SHARIF July 8, 2008 at 9:42 AM  

Insya Allah, pada bulan Ogos 2008 ni. Terbitan karisma publication sdn bhd. Sama-sama kita doakan.
Salam,
SABRI

ahmad August 12, 2008 at 8:14 PM  

Harap buku ini mengandungi gagasan besar dan segar kepada pemikiran umat Islam serta dapat memberi inspirasi untuk menjadi generasi ulul albab

SABRI BIN MOHAMAD SHARIF September 10, 2008 at 8:57 PM  

Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala usaha yang baik. Masih dalam percetakan penerbit. Jangan lupa untuk memilikinya.

baitku July 23, 2018 at 12:32 PM  

saya mau beli buku ini, bagaimana saya dapat beli,..
saya dari Indonesia, Kalimantan timur
saya butuh secepatnya karna dari sinpsisnya sangat bagus dan memenuhi sebagai rujukan skripsi saya...

Channel Youtube Sabri

Diari Aktiviti

Dapatkan maklumat tentang aktiviti yang disertai Sabri sebagai Penceramah, Pengkuliah dan Konsultansi. Klik Sini

Senarai Ceramah

Dapatkan Senarai Ceramah Sabri. Klik sini.

Gambar

Lihat Gambar terbaru Sabri. Klik sini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP