Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Kenali Sabri

Sabri bin Mohamad Sharif merupakan perunding motivasi, penceramah, pelatih dan pengkuliah yang berpengalaman mengendalikan program motivasi dan kecemerlangan diri serta prestasi kepada lebih 10,000 peserta daripada pelbagai kelompok lapisan masyarakat sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak swasta. 


Baca Selanjutnya. Klik Sini

Sunday, August 3, 2008

Sabri ditawar biasiswa ke Jepun


AYER KEROH, 29 Julai - Pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Sabri Mohamad Sharif yang juga merupakan Ketua Jabatan Perhubungan Industri di Pusat Universiti Industri ditawarkan biasiswa ke Jepun untuk mengikuti program kursus intensif "The JPO/IPR Training Course for Intellectual Property Trainers", untuk tempoh sebulan.

Program yang akan bermula pada 27 Ogos hingga 17 September depan akan berlangsung The Association For Overseas Technical Scholarship (AOTS) Tokyo Kenshu Centre (TKC) dan Asia-Pacific Industrial Property, Japan Institute Of Invention & Innovation (JIII), Tokyo, Jepun.

Program biasiswa itu anjuran AOTS dan ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh Japan Institute of Invention & Innovation (JIII) serta disokong sepenuhnya oleh Pejabat Paten Jepun (JPO) dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Jepun. Program kursus intensif ini berkonsepkan pendekatan aplikasi dan amalan.Para peserta juga akan didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan terkini tentang pengurusan harta intelek (IP) dan inovasi.

Para peserta juga akan dibawa melawat organisasi awam dan swasta yang menguruskan harta intelek, penyelidikan dan pembangunan dan inovasi di sekitar Tokyo dan Kyoto.
Di akhir kursus intensif tersebut, para peserta akan diberi sijil yang diiktiraf oleh Organisasi Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Pejabat Paten Jepun (JPO).

Sumber artikel dan foto : BERNAMA

Artikel mengenai perkara ini turut tersiar di majalah Prospect Malaysia dan Bernama.

Read more...

Channel Youtube Sabri

Diari Aktiviti

Dapatkan maklumat tentang aktiviti yang disertai Sabri sebagai Penceramah, Pengkuliah dan Konsultansi. Klik Sini

Senarai Ceramah

Dapatkan Senarai Ceramah Sabri. Klik sini.

Gambar

Lihat Gambar terbaru Sabri. Klik sini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP