Kenali Sabri
Thursday, June 11, 2009
Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24 hingga 27 mei 2009 di Melaka
Friday, May 22, 2009
Dunia Buku: Generasi Ulul Albab - Berita Harian
GENERASI Ulul Albab: Segunung Harapan, Seteguh Gagasan karya Sabri Mohamad Sharif, merangkumkan pemikiran yang dibaurkan dengan suara nurani penulis terhadap pembentukan dan penjanaan generasi ulul albab dengan berasaskan al-Quran dan didikan lewat contoh teladan daripada Rasulullah saw.
Buku ini menakrifkan generasi ulul albab sebagai angkatan yang lasak berfikir dan ada kekuatan, kebijaksanaan serta kecerdasan akal, tanpa mengetepikan kehalusan budi, sekali gus sentiasa berusaha untuk berada di bawah naungan Allah SWT dengan berbekalkan modal insan tinggi.
Pengarang yakin dengan pendekatan terbabit generasi ulul albab mampu memberi upaya roh dan jasad untuk tampil sebagai insan berdaya saing dan bersiap siaga dalam menghadapi cabaran sezaman dan akan datang.
Konsep ulul albab ini mendapat perhatian daripada ulama dan ilmuwan sehingga diberi nafas baru untuk disesuaikan dengan kefahaman umat terkemudian seperti generasi Quran yang unik (Jilun Quraniyun Farid) janaan Syed Qutb, manakala Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula memperkenalkan generasi kemenangan (Jilun Nasr).
Buku yang terbahagi kepada tujuh bab ini, menyenaraikan ciri yang membentuk generasi ulul albab seperti gabungan kekuatan akal dan takwa, keimanan kepada kebenaran serta kebijaksanaan berdasarkan al-Quran, kesungguhan menuntut ilmu, pengamatan kepada sejarah, keupayaan membina kesabaran dan konsisten dalam menjalankan ibadat.
Bab Kedua buku ini, memberi tumpuan kepada generasi muda yang dipecahkan kepada dua golongan, iaitu belia dan remaja, dengan menekankan aspek daya tahan dan daya saing dalam menghadapi cabaran dunia yang lebih rencam dan global, selain ancaman gejala hedonisme yang parah.
Penulis meninjau aspek yang perlu diperkukuhkan seperti jiwa keusahawanan dengan slogan ‘mengusahawankan kampus’ dan ‘mengkampuskan usahawan’ serta menyorot kepentingan pembinaan hubungan lebih global dengan rakan segenerasi mereka di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh dunia.
Pengalaman dalam dunia akademik mendorong penulis mengkhususkan satu bab untuk membincangkan gerakan pelajar di IPT dengan menggabungkan sejarah kegemilangan aktivisme di kampus dengan realiti gerakan pelajar dalam berdepan dengan cabaran lebih perit bagi mengekalkan kesinambungan idealisme, intelektualisme dan aktivisme.
Penulis turut menyentuh sistem pendidikan di negara ini daripada sudut falsafah pendidikan, kurikulum, agama dan cabaran, selain membincangkan kebejatan sosial yang melanda negara.
Bertepatan dengan konsep ulul albab berdasarkan al-Quran, buku ini menerokai kepimpinan Rasulullah dengan melihat perspektif kepimpinan yang bersifat rabbani atau ketuhanan; haraki (tersusun); al-Quran dan sempurna, tanpa mengabaikan aspek pembinaan kepimpinan keusahawanan yang dibuktikan dalam sirah junjungan.
Buku ini turut membincangkan isu yang menimbulkan perdebatan dalam konteks Islam seperti penyemaian semangat nasionalisme, cabaran teknologi maklumat, globalisasi dan liberalisasi yang perlu ditangani dan dijawab generasi ulul albab.
Bagaimanapun, beberapa topik dalam buku ini terkeluar daripada landasan perbincangan generasi ulul albab seperti aspek kesihatan, isu penderaan, dilema ibu tunggal dan perfileman karya klasik sehingga boleh merencatkan aliran tumpuan terhadap pembinaan generasi ulung itu.
Pembahagian bab juga wajar diperkemaskan agar topik perbincangan tidak bertindih dan berulang, manakala judul yang meninjau aspek sampingan seperti sambutan Hari Belia, ketokohan Bill Gates dan undang-undang Comman tidak diletakkan sebagai perbincangan utama.
Buku setebal 470 halaman terbitan Karisma Publications Sdn Bhd berharga RM30 senaskhah ini, wajar dimanfaatkan sebagai rujukan untuk membincangkan konsep generasi ulul albab dalam rangka menyaksikan generasi yang berfikir, berakal dan bermodal insan tinggi dalam mendepani perubahan dan tuntutan zaman.
INFO:
Generasi Ulul Albab: Segunung Harapan Seteguh Gagasan
Bintang: *** (3)
Sabri yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Lendu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad Melaka, menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, sebelum mendapat Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau kemudian Sarjana Pengurusan Sains, Teknologi dan Polisi dari Universiti Malaya (UM), pada 2001, serta Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Ballarat, Australia (2006), sebelum memberi tumpuan dalam penyelidikan komersialisasi dan penjenamaan teknologi harta intelek bagi pengajian peringkat doktor falsafah serta ditawarkan biasiswa mengikuti Program Kursus Intensif JPA/IPR Training Course for IP Trainers oleh Jepun pada tahun lalu.
Keilmuannya dimanfaatkan oleh UM apabila beliau menjadi Pensyarah Tamu bermula 2001 hingga 2007, selain Perunding Motivasi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) pada 2007 dan meraih hadiah penulisan esei seperti tempat pertama pada Pertandingan Esei Ethos-Oxford pada 1998 dan Pertandingan Esei Perdana Rakan Muda (1997) serta dinobatkan Penulis Terbaik Rakan Muda Malaysia pada tahun sama.
Sabri turut memenangi tempat pertama Peraduan Penulisan Esei sempena Pesta Konvokesyen Kali Ke-25 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1997 dan pemenang pertama Pertandingan Esei Rakan Muda Bulan Mac 1997.
Beliau banyak mendapat undangan dalam bidang perundingan, motivasi dan kecemerlangan diri serta keusahawanan, selain terbabit pada program kelompok sasaran seperti remaja, belia, mahasiswa dan usahawan muda bidang perniagaan.
Thursday, May 7, 2009
Ceramah Kepimpinan Mahasiswa di UMP
Ceramah Kepimpinan Mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 2 dan 3 mei 2009 bersamaan Sabtu dan Ahad melibatkan 100 orang pelajar.
Sabri ke Oxford
Di antara pencapaian terbaik SABRI BIN MOHAMAD SHARIF dalam bidang penulisan ialah menduduki anugerah Tempat Pertama Dalam Pertandingan Essei Ethos-Oxford anjuran Kelab Pelajar Oxford, Universiti Oxford UK dan British Airways (1998), di mana beliau telah berpeluang melawat universiti terkemuka di dunia itu selama hampir sebulan.
2 buku yang diterbitkan dengan Sabri sebagai penulis
1. Cetusan Minda Generasi Muda
2. Kemahiran Insaniah : 7 Kompetensi Unggul Mahasiswa
Testimonial Ceramah Sabri bin Mohamad Sharif
Tempat kursus: Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 3/2009 (Langkawi)
Komen:
- kursus yang amat memberi kesan yang mendalam pada diri saya.Insyallah 98% telah serap ke dalam diri saya.Terima kasih banyak-banyak kepada En.Sabri. Moga Allah merahmati anda berdua.
- Semoga kita berdua dirahmati Allah. Amin …
2. Nama: Azurawati Ahmad Zakuan
Tempat kursus: Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 3/2009 (Langkawi)
Komen:
- Saya suka dengan program yang telah dibuat dan saya yakin program ini telah banyak memberi motivasi dan sahsiah diri saya.
- Program riadah (diluar kelas) amat saya senangi keranan dapat mengeratkan silaturrahim serta ukhuwah sesame sahabat yang terlibat.
- Program tazkirah adalah satu cara yang telah membezakan program ini dengan program-program lain yang pernah saya sertai.
- Syabas buat En.Sabri .
3. Nama: Norshahiroh Bt Abidin
Tempat kursus: Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 7/2009 (Taiping)
Komen:
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan kursus ini saya seolah-olah kembali kepada diri saya setelah hampir setahun setengah saya seolah-olah hidup di dalam mati setelah kehilangan anak kesayangan yang paling dicintai.hati yang telah lama mati,seolah-olah hidup kembali.
4. Nama: Azman Bin Abdul Jalil
Tempat kursus: Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 7/2009 (Taiping)
Komen:
Apa yang saya dapati daripada kursus En.Sabri tidak dapat saya huraikan dengan kata-kata hanya hati dan perasaan yang mengetahui betapa kecilnya diri ini sebagai insan di alam ciptaan Allah S.W.T
5. Nama: Adila Binti Mohamed
Tempat Kursus: Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 8/2009 (Muar)
Komen:
Kesan daripada kursus ini kepada saya ialah saya lebih positif dalam membuat keputusan,berfikir dan yakin.Dalam kursus ini juga yang telah memberi impak besar kepada saya iatu “KETENANGAN” dalam diri saya.
6. Nama: Siti Suhaila Bt Tukeman
Tempat Kursus: Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 8/2009 (Muar)
Komen:
Sebelum ke kursus ini,ramai kawan-kawan menyatakan bahawa kursus ini adalah satu kursus yang lasak dan memenatkan.Dan apabila telah mendapat surat tawaran dan jadual,seorang teman berkata “ mesti membosankan dan mengantuk “. Tetapi apa yang saya dapat dari kursus ini berbeza dari dakwaan sebelum ini.Saya mempelajari sesuatu yang baru,..
Dari kursus ini saya mengenali dengan lebih mendalam dan merasai keindahan alam maya ciptaan tuhan.saya juga mempelajari teknik dan focus untuk saya membinawawasan cemerlang di masa hadapan.Saya merasa sangat beruntung dan bertuah..
7. Nama: Hanezah Binti Hairudin
Tempat Kursus: Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 8/2009 (Muar)
Komen:
Saya mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan yang dapat dijadikan bekalan untuk masa depan saya.Selain itu,kursus ini juga dapat memupuk sikap kerjasama yang jitu dan semangat setiakawan antara satu sama lain,ibarat satu keluarga.Kursus ini juga menjadikan saya lebih bersemangat meneruskan kerjaya dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri saya dan cara menangani tekanan tatkala berdepan dengan permasalahan.Secara keseluruhan kursus ini amat berguna pada setiap manusia khususnya kita sebagai penjawat awam.
Saturday, April 18, 2009
Ceramah Pengurusan Projek
Ceramah Pengurusan Projek di Kolej Risda Air Paabas Melaka pada 16 April 2009 bersamaan khamis pukul 9 hingga pukul 11 pagi. Dihadiri seramai 150 orang pelajar kolej tersebut.
Ceramah Motivasi dan kemahiran Belajar
Ceramah Motivasi dan Kemahiran Belajar PMR dan SPM di Sekolah Menengah Agama Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam pada 13 April bersamaan Isnin pukul 10 hingga 12. Program ini dihadiri oleh hampir 200 orang pelajar.
Read more...Ceramah "The Important Of Intellectual Property In Product Design"
Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 8/2009
Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 7/2009
Kursus Petugas Barisan Hadapan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4/2009
Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4/2009
Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 3/2009
Kenali Sabri
Friday, April 17, 2009
Proton Exora : tahniah Proton !!!
Lagu menawan dunia sangat sesuai dalam pelancaran kereta exora.
Tahniah proton kerana menampilkan imej, jenama dan pakej baru syarikat anda.