Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Kenali Sabri

Sabri bin Mohamad Sharif merupakan perunding motivasi, penceramah, pelatih dan pengkuliah yang berpengalaman mengendalikan program motivasi dan kecemerlangan diri serta prestasi kepada lebih 10,000 peserta daripada pelbagai kelompok lapisan masyarakat sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak swasta. 


Baca Selanjutnya. Klik Sini

Saturday, April 18, 2009

Ceramah Pengurusan Projek


Ceramah Pengurusan Projek di Kolej Risda Air Paabas Melaka pada 16 April 2009 bersamaan khamis pukul 9 hingga pukul 11 pagi. Dihadiri seramai 150 orang pelajar kolej tersebut.

Read more...

Ceramah Motivasi dan kemahiran Belajar

Ceramah Motivasi dan Kemahiran Belajar PMR dan SPM di Sekolah Menengah Agama Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam pada 13 April bersamaan Isnin pukul 10 hingga 12. Program ini dihadiri oleh hampir 200 orang pelajar.

Read more...

Ceramah "The Important Of Intellectual Property In Product Design"



Ceramah "The Important Of Intellectual Property In Product Design" (IP) ini berlangsung di kafetaria UTeM pada 4 April 2009 Sabtu dihadiri 100 orang pelajar.

Read more...

Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 8/2009

Read more...

Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 7/2009

Read more...

Kursus Petugas Barisan Hadapan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4/2009

Read more...

Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4/2009

Read more...

Kursus Pembangunan Insan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 3/2009

Read more...

Kenali Sabri


SABRI BIN MOHAMAD SHARIF, sabri_ccc@yahoo.com, 013-3976988
 

A) AKADEMIK
SABRI BIN MOHAMAD SHARIF, lahir pada 11hb Oktober 1974, di Kampung Lendu, Alor Gajah Melaka. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Lendu, Alor Gajah. Kemudian bersekolah menengah di Sek. Men. Keb. Agama Sultan Muhammad, Melaka dan Sek. Men. Agama Persekutuan, Kajang, Selangor. berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dengan kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selanjutnya beliau diterima masuk sebagai anggota Majlis Peguam Malaysia sebagai seorang Peguambela & Peguamcara, (called to the BAR)(2003) di samping diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah, Negeri Melaka (2000). Beliau mempunyai dua ijazah sarjana (master) iaitu Sarjana sains M.Sc (Lulus Cemerlang) dalam bidang Pengurusan Sains, Teknologi & Polisi pada bulan Oktober 2001 di Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan Perniagaan M.BA dalam bidang keusahawan di Universiti Ballarat, Australia pada tahun 2006. Sekarang, beliau sedang menyambung pengajian di peringkat PhD sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga telah ditawarkan biasiswa oleh kerajaan Jepun untuk mengikuti program kursus intensif JPO/IPR Training Course di Tokyo, selama hampir sebulan pada tahun 2008.  

B) JAWATAN
Sebelum ini, beliau pernah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan, Pengurusan Penyelidikan & Pembangunan & Inovasi dan Ketua Jabatan, Perhubungan Industri, dan pensyarah di Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau turut diundang sebagai Pensyarah Tamu di Universiti Malaya, semenjak tahun 2002-2007. Beliau merupakan Fellow, Malaysian Technopreneurship Development Centre (MATDEC), UTeM, Beliau juga telah dilantik sebagai Perunding dan Penceramah Tamu di Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) tahun 2007. Beliau juga telah diundang sebagai Penceramah Personaliti, Perunding & Penyelidik Khas oleh Institut Perkembangan Minda (INMIND), Selangor, dalam program Bina Insan dari tahun 2002 sehingga 2007. Pada tahun 2000-2005, beliau pernah terlibat dalam dunia korporat sebagai seorang Peguambela & Peguamcara dan jawatan terakhir adalah sebagai Naib Presiden Kanan di sebuah syarikat telekomunikasi ICT swasta di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang Tutor Sambilan di Jabatan Pengajian Sains & Teknologi Universiti Malaya pada tahun 2000 hingga 2001. 

C) JAWATAN DALAM PENULISAN & KEWARTAWANAN
Dari segi pengalaman bekerja, beliau pernah dilantik menjadi Intern Penyelidik bagi Pusat Kajian Kepimpinan dan Pembangunan(CELDES) di bawah kementerian Belia & Sukan Malaysia pada tahun 1996-1997, Pengacara (Compere) TV1 dalam Rancangan Komentar dan Selamat Pagi Malaysia pada tahun 1998, Kolumnis Majalah Antarabangsa Ethos, Penulis Penyumbang kepada Akhbar dan Majalah seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Watan, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Kosmik, Mutiara Malaysia dan lain-lain lagi. 

Dalam bidang kewartawanan pula, beliau berpengalaman luas dan pernah dilantik sebagai Ketua Pengarang Buletin GAPURA Majlis Gabungan Belia Melaka(1997-1999), Ketua Editor Buletin Serantau Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) (1997-1999) dan Ketua Pengarang Kumpulan Majalah The Gombak Post UIA (1996-1997). Dalam bidang penyiaran selain pernah bertugas menjadi Pengacara di TV 1(1998), beliau pernah ke udara sebagai tetamu khas dalam rancangan Kaunseling Belia di TV1(1996), Wawancara Khas sebagai Penulis Muda Berbakat di RSB TV3(1997) dan tetamu jemputan di Radio 1 dalam Bicara Generasi Muda Merdeka(1996). Beliau telah menghasilkan lebih daripada 70 artikel yang tersiar di pelbagai akhbar dan majalah tempatan dan antarabangsa. Beliau juga telah membentang lebih daripada 30 kertas kerja di seminar dan persidangan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

D) ANUGERAH PENULISAN
Di antara pencapaian terbaik beliau dalam bidang penulisan ialah menduduki anugerah Tempat Pertama Dalam Pertandingan Essei Ethos-Oxford anjuran Kelab Pelajar Oxford, Universiti Oxford UK dan British Airways (1998), di mana beliau telah berpeluang melawat universiti terkemuka di dunia itu selama hampir sebulan. Tempat Pertama Pertandingan Essei Perdana Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia(1997), di mana beliau juga telah dinobatkan sebagai Penulis Terbaik Rakan Muda Malaysia pada tahun berkenaan. Tempat Pertama Peraduan Penulisan Essei Sempena Pesta Konvokesyen Kali Ke-25 UKM (1997), Pemenang Pertama Pertandingan Essei Rakan Muda Bagi Bukan Mac 1997, Pemenang Kedua Peraduan Essei Nuklear Anjuran MINT(1997) dan Pertandingan Essei Internet anjuran Microsoft & UPM, Finalis Pertandingan Essei Kelab Oxford & Ethos (1997), Tempat Ketiga Peraduan Penulisan Rakan Muda Bulan Mei 1997 dan hadiah saguhati bagi Pertandingan Essei Negara Korea, Peraduan Essei Belanjawan 1998 anjuran Akhbar The Star dan Pertandingan Essei Rakan Muda Bulan April 1997. 

Selanjutnya, beberapa artikel terpilih untuk diterbitkan di dalam koleksi buku yang bertajuk “Cetusan Minda Generasi Muda” terbitan Majlis Belia Malaysia pada tahun 1998. Beliau juga telah menjadi salah seorang penulis dalam buku bertajuk ”Kemahiran Insaniah” terbitan UTeM (2008), dan telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ”Generasi Ulul Albab, Segunung Harapan, Seteguh Gagasan” terbitan Karisma Publications Sdn Bhd pada Januari, 2009.

E) KEPIMPINAN
Di bidang kepimpinan, beliau pernah dilantik sebagai Ketua II Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) (2002-2006) dan Exco Alumni UIAM (2003-2006). Sewaktu di universiti, beliau pernah diamanahkan sebagai Presiden Kelab Pengguna, Timbalan Presiden Persatuan Undang-Undang dan Exco LEADS (Leadership Dynamic Academy). Di peringkat belia, beliau pernah diamanahkan sebagai Exco Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) (1996-2000), Exco Belia 4B Melaka(1998-1999), Exco Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT), Setiausaha dan Naib Yang Dipertua Kumpulan Pengajian Islam Melaka (KPIM) (1998-2002), Exco Belia 4B Kawasan Alor Gajah dan Pengerusi Belia 4B Cawangan Lendu. Di peringkat antarabangsa beliau pernah dihantar mewakili Malaysia dalam Forum Belia Antarabangsa di Seoul & Kwangju Korea Selatan (1998) dan mewakili UIAM ke Seminar Nusantara Kebangkitan Asia di Riau Indonesia (1996). 

Beliau merupakan perunding motivasi, penceramah, pelatiah dan pengkuliah yang berpengalaman mengendalikan program motivasi dan kecemerlangan diri serta prestasi kepada lebih 10,000 peserta daripada pelbagai kelompok lapisan masyarakat sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak swasta. 

Read more...

Friday, April 17, 2009

Proton Exora : tahniah Proton !!!


Lagu menawan dunia sangat sesuai dalam pelancaran kereta exora. 

Tahniah proton kerana menampilkan imej, jenama dan pakej baru syarikat anda.

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

Buku Terbaru " GENERASI ULUL ALBAB : SEGUNUNG HARAPAN , SETEGUH GAGASAN "


Telah Terbit !!!


Dapatkan terus buku ini dengan menghubungi saya melalui nombor ini 013-3976988 atau email sabri_ccc@yahoo.com atau buat tempahan kepada penerbit buku ini seperti maklumat di bawah :-

No 19, Jalan Juruanalisis U1/35, Hicom-Glenmarie Industrial Park, Shah Alam,40150, Selangor
Tel:603-55692430/2431/2435
Fax:603-55694322
URL: http://www.karisma.com.my/
Email: karismap@hotmail.com.

Sempena Pesta Buku Antarabangsa 17-26 April di PWTC anda boleh dapatkan buku ini di Kedai Serbaneka B SMART. Hubungi Abas untuk keterangan lanjut melalui nombor ini 016-2760328 atau di gerai buku penerbit Karisma Publication.


Sinopsis

Buku GENERASI ULUL ALBAB: SEGUNUNG HARAPAN, SETEGUH GAGASAN ini buah tangan terbaru penulis yang mengupas tentang generasi yang disebut dalam Al-Quran sebagai generasi Ulul Albab. Generasi Ulul Albab bukan sebarang generasi. Generasi ini amat istimewa dan menjadi harapan umat sepanjang zaman. Generasi ini dikatakan mempunyai daya ‘kompetensi teras kegemilangan’ yang diselaputi oleh kekuatan roh dan jasad dan sangat berupaya menempuh apa sahaja bentuk cabaran serta rintangan, walaupun kadangkala sangat mencabar dan mendebarkan.

Setiap orang mempunyai harapan. Amat jarang dan hampir tiada, manusia yang tidak mempunyai harapan. Baik manusia tersebut hebat atau kerdil, berpangkat besar atau tidak, kaya atau miskin, semuanya mempunyai impian dan harapan. Kita mungkin tersalah langkah, tersalah pilih, tersalah kata dan tersalah kasih, namun kita jangan terputus harapan. Selagi kita hidup, kita mesti terus mengharap dan mengharap kepada sebuah impian dan harapan. Apatah lagi jika harapan tersebut sebuah harapan yang murni lagi suci. Ada insan yang harapannya tinggi melangit, menggunung, membukit, mendatar dan menjunam. Namun, harapan yang setinggi melangit atau menggunung, yang sudah barangpasti akan menjadi idaman bagi setiap insan yang bernafas di atas muka bumi ini. Saya juga tergolong dalam kelompok ini. Harapan saya tidaklah terlalu melangit atau menggunung, tetapi tidak juga ingin diancam untuk terus menjunam. Harapan saya memanglah untuk menggapai langit, namun jika ditakdirkan sampai mencecah ke awan, itu sudah memadai, sementara saya terus mencuba dan mencuba dengan memperbaiki untuk bangkit dan meneruskan perjalanan untuk menggapai langit. Allah Maha Besar!

Apa yang ingin saya harapkan? Saya mengharapkan agar terlahirnya generasi akan datang, generasi yang bertaqwa, berakal, berkualiti, bermodal insan tinggi, berperibadi unggul, kompeten dan sentiasa memikirkan tentang kesinambungan perjuangan agama, bangsa dan negara. Generasi sebegini, telah disebut dalam Al-Quran sebagai generasi Ulul Albab. Generasi Ulul Albab bukan sebarang generasi. Generasi ini amat istimewa dan menjadi harapan umat sepanjang zaman. Generasi ini dikatakan mempunyai daya ‘kompetensi teras kegemilangan’ yang diselaputi oleh kekuatan roh dan jasad dan sangat berupaya menempuh apa sahaja bentuk cabaran serta rintangan, walaupun kadangkala sangat mencabar dan mendebarkan.      

Harapan bukan sekadar mimpi. Malah harapan yang disulami dengan gagasan, berupaya membangkitkan motivasi, mencetuskan inspirasi, mengotakan janji, menjelmakan realiti dan merapatkan hubungan dengan Ilahi.

Salahkah kita mengharap? Jawapannya tidak!
Kehebatan sebuah HARAPAN cukup luar biasa. Salehuddin Al-Ayubi, pernah mengharapkan bahawa dialah insan yang akan membuka dan menawan semula kota Baitul Maqdis. Akhirnya, harapan beliau terlaksana. Memang beliaulah insan terpilih yang telah ditakdirkan merebut kembali kota tersebut. 

Muhammad bin Murad atau lebih dikenali sebagai Muhammad ’Al-Fateh’ seorang belia berbangsa Turki, sangat mengharapkan agar dialah orangnya yang akan merealisasikan janji Rasulullah S.A.W. dengan pembukaan kota Konstantinople atau sekarang lebih dikenali dengan nama Istanbul. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Hakim, mafhumnya berbunyi; pada suatu hari nanti negara Istanbul pasti akan ditakluk. Sebaik-baik raja (ketua) adalah raja yang mentadbirnya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang berjihad bersama untuk menaklukinya. Sejarah telah mentakdirkan, harapannya dikabulkan dan akhirnya terbukti, memang dialah insan terpilih yang dimaksudkan, bagi membuka kota Konstantinople.   

Buku Generasi Ulul Albab ini banyak menyentuh aspek zikir, fikir dan amal soleh, sejajar dengan usaha melahirkan generasi Ulul Albab, yang mempunyai kekuatan akal, daya fikir, memperoleh hikmah dan sentiasa mendapat petunjuk serta rahmat daripada Allah SWT. Kupasan buku ini merangkumi pelbagai isu-isu sejarah, ibrah (pengajaran), semasa (muasir) yang melibatkan idea, konflik, perjuangan, cabaran dan perancangan serta masa depan ummah. la telah dibahagikan kepada tujuh bab utama.

Dalam bab pertama, yang bertajuk GENERASI ULUL ALBAB, menerang dan mengupas dengan panjang lebar tentang pengertian sebenar perkataan Ulu] Albab yang dipelopori oleh Al-Quran Al-Karim. la juga mengupas mengenai ciri-ciri Ulul Albab, yang dipetik daripada Al-Quran Al-Karim.Perkataan Ulul Albab telah disebut sebanyak 16 kali dalam Al-Quran.

Dalam bab kedua, digabungkan tiga kriteria Ulul Albab iaitu; ’Orang yang berakal fikiran dan bertaqwa', 'orang yang sentiasa membekali diri dengan taqwa' dan 'orang yang mengambil hikmah dari firman-Nya' sebagai GENERASI BERAKAL FIKIRAN, PEROLEH HIKMAH DAN BERTAQWA. Artikel-artikel di dalam bab ini, mengupas tentang pelbagai isu kontemporari, yang semuanya menjurus kepada hasrat dan tekad, untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia, dan akhirat.

Dalam bab ketiga, dicantumkan kriteria Ulul Albab yang keempat, kelima dan keenam iaitu; 'Orang yang bersungguh¬-sungguh mencari ilmu', 'orang yang sentiasa merenung dan memikirkan tentang kejadian di langit dan bumi serta mengingati Allah' dan 'orang yang sentiasa memilih kebaikan dan tidak terpesona dengan keburukan', sebagai GENERASI BERILMU, BERZIKIR DAN AMAL MAKRUF. Tajuk¬-tajuk dalam bab ini, mengajak kita menjadi generasi Ulul Albab yang berilmu, sentiasa mengingati Allah dan suka melakukan kebaikan serta kebajikan kepada umat manusia.

Manakala dalam bab keempat buku ini, dirangkumkan kriteria Ulul Albab yang ketujuh, kelapan dan kesembilan iaitu; 'Orang yang mengambil pengajaran dari sejarah umat terdahulu', 'orang yang menginsafi dan beriman dengan kebenaran Al-Quran', dan 'orang yang menjadikan Al-Quran sebagai peringatan dan pengetahuan tentang kebesaran Allah', sebagai GENERASI AL-QURAN DAN MENGINSAFI SEJARAH. Kerencaman tajuk artikel-artikel ini, mengajak kita menjadi generasi Al-Quran yang unik (Jilun Quraniyun Farid) dan mengimbau kembali sejarah silam, untuk diinsafi dan menjadi pengajaran kepada generasi Ulul Albab.

Dalam bab kelima, digabungkan kriteria Ulul Albab yang kesepuluh dan kesebelas iaitu; 'Orang yang mengambil pengajaran dari Kitab yang diwahyukan' dan 'orang yang diberi rahmat dan peringatan, jika bersabar', sebagai GENERASI YANG SENTIASA MENGAMBIL PENGAJARAN DAN MENDAPAT RAHMAT. Tajuk-tajuk dalam bab ini sangat rencam dan pelbagai, tetapi tidak mengurangi matlamat asal generasi Ulul Albab, yang sentiasa menekankan aspek berfikir dan berakal, yang berupaya memahami kehidupan dan permasalahan umat.

Melalui bab keenam, dicantumkan kriteria Ulul Albab yang kedua belas, ketiga belas dan keempat belas iaitu; 'Orang yang mengerjakan ibadat pada waktu malam (qiamullail) dan mengharap rahmat Allah', 'orang yang kritis mendengar dan mengambil iktibar fenomena kejadian alam', sebagai GENERASI YANG MELAZIMI QIAMULLAIL, KRITIS DAN BERFIKIR TENTANG FENOMENA ALAM. Topik-topik dalam bab ini, membahaskan pelbagai isu kontemporari yang sedang berlaku kepada masyarakat kita, sama ada yang bersifat nasional dan bertaraf global. Sebagai generasi Ulul Albab, mereka bukan sekadar generasi yang hanya tahu bernostalgik dengan kegemilangan tamadun Islam di zaman silam, tetapi mereka hendaklah kompeten, berpengetahuan luas, bermodal insan tinggi, memahami suasana terkini dan perubahan zamannya.

Dalam bab ketujuh, dirangkumkan kriteria Ulul Albab yang kelima belas dan keenam belas iaitu; 'Orang yang dikurnia hidayah dan peringatan', dan 'orang yang beriman dan takut dengan azab Allah', sebagai GENERASI BERIMAN, TAKUT AZAB ALLAH DAN DIKURNIA HIDAYAH. Kerencaman artikel-artikel dalam bab ini, menggambarkan kriteria Ulul Albab sebagai generasi yang komprehensif, unggul, akhlak terpuji dan menjadi impian seluruh umat manusia sepanjang zaman.Kita semua diseru dandipertanggungjawabkan untuk sama-sama berganding bahu, dalam melahir, menjadi dan membentuk diri, anak-anak serta masyarakat kita, menjadi suatu generasi idaman semua, yang akan mencipta sejarah dan memakmurkan alam iaitu, generasi Ulul Albab. Sama-sama kita berdoa dan berusaha keras ke arah itu!

Marilah kita berharap agar pada suatu ketika nanti, akan muncul generasi Ulul Albab. Siapa tahu barangkali memang benar-benar, Allah telah memilih dan mentakdirkan andalah pemimpin yang tersebut, yang bercirikan Ulul Albab. Mulai sekarang, dengan rendah diri, jangan berhenti dan teruskan mengharap dan mengharap!

Read more...

Tuesday, April 14, 2009

Senarai Ceramah

SEBAGAI PENCERAMAH, PELATIH UTAMA & FASILITATOR UNDANGAN 

2007

1. Sek. Men. Perempuan Kapar, Klang Pelajar dan Kecemerlangan Diri Wood  resort 11/2/07
2. Sek. Men. Keb Munshi Abdullah Sabak Bernam Pelajar dan Kecemerlangan Diri Riverside, Sabak Bernam 8/4/07
3. Sek Men. Agama Tanjung Karang Pelajar dan Kecemerlangan Diri Wood Resort 15/4/07
4. Sekolah Sri Garing Rawang Pelajar dan Kecemerlangan Diri Sabak Bernam 27/5/07
5. Kolej Sal Mahasiswa dan Kecemerlangan Diri Wood Resort 17/6/07
6. Kg Malaysia Raya, Sg Besi Masyarakat & Kecemerlangan  Balai Raya 23/6/07
7. Belia Seksyen 16, Shah Alam Belia & Kecemerlangan Diri Riverside Sabak Bernam 15/7/07
8. Ceramah LDK & Recall Motivasi 300 belia PMR Shah Alam Pelajar & Kecemerlangan Diri Kolej Kediaman 9 UM 25/8/07
9. Pelajar SPM Shah Alam Pelajar & Kecemerlangan Diri Kolej Kediaman UM 6/10/07
10. Pelajar FKM, UTeM Motivasi & Kecemerlangan UTeM 31/3/07
11. Mahasiswa UiTM, Shah Alam Kecemerlangan Mahasiswa & Cabaran Lakeview, Batang Berjuntai 22/7/07
12. Mahasiswa UiTM, INTEC (Overall) Kecemerlangan Mahasiswa & Cabaran Lakeview, Batang Berjuntai        29/7/07
13. Ceramah Pelajar Kota Tinggi Pelajar & Kecemerlangan Diri Kota Tinggi 15/8/07
2006       

1. Mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kecemerlangan Mahasiswa & Cabaran Wood resort, Ulu Yam, Sgor 18/2/06 (Sabtu) 9.00am
2. Belia Selayang, Selangor Belia & Cabaran Glory Beach Resort, Port Dickson. N9 24/02/06 (Jumaat malam) 9.00pm
3. Pelajar Sek. Men. Dato’ Mustafa, Sekinchan, Selangor Belia, cabaran & Kecemerlangan Wood resort, Ulu Yam, Sgor 12/03/06 (Ahad)9.00am
4. Pelajar Sek. Men. Keb.Sg Lima Sungai besar, Selangor Belia, cabaran & Kecemerlangan SMK Sg Lima, Sg Besar, Sgor 26/3/2006 (Ahad)9.00a
5. Mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Mahasiswa: Cabaran & Harapan Kampus KUIS Bkt Mahkota, Sgor 21/5/06 (Ahad)9.00am
6. Belia Kuala Selangor Belia & Cabaran Wood resort, Ulu Yam, Sgor 28/5/06(Ahad)9.00am
7. Belia Tanjung Puteri & Selayang Belia, cabaran & Kecemerlangan Wood resort, Ulu Yam, Sgor 18/6/06(Ahad)9.00am
8. Pelajar Sek. Men. Seksyen 11 & Rawang, Selangor Kecemerlangan pelajar & cabaran Wood resort, Ulu Yam, Sgor 25/6/06(Ahad)9.00am
9. Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Kecemerlangan pelajar & cabaran Wood resort, Ulu Yam, Sgor 16/7/06(Ahad)9.00am
10. Pelajar SM Perimbun Hulu Langat Kecemerlangan pelajar & cabaran Wood resort, Ulu Yam, Sgor 23/7/06(Ahad)9.00am
11. Mahasiswa UKM Kecemerlangan Mahasiswa & Cabaran Wood resort, Ulu Yam, Sgor 30/7/06(Ahad)9.00am
12. Mahasiswa UiTM Kecemerlangan Mahasiswa & Cabaran Wood resort, Ulu Yam, Sgor 6/8/06(Ahad)9.00am
13. Mahasiswa INTEC UiTM Kecemerlangan Mahasiswa & Cabaran Wood resort, Ulu Yam, Sgor 10/9/06(Ahad)9.00am        


2005        

1. Ceramah Perdana “Mahasiswa & Cabaran” kepada Pelajar-Pelajar Kolej Komuniti di Kem Gelanggang Buaya, Kuala Langat, Jugra, Banting, Selangor pada 31 Julai(Ahad).
2. Ceramah Motivasi Perdana “Kecemerlangan Akademik & Jatidiri” kepada Pelajar-Pelajar Sek. Men. Sg. Ayer Tawar, Sungai Besar, Selangor pada 20 Ogos(Sabtu).
3. Ceramah Motivasi Perdana ”Kecemerlangan Akademik & Syahsiah” kepada Pelajar-Pelajar Sek. Men. Bukit Beruntung, Rawang Selangor pada 10 September(Sabtu).
4. Ceramah Perdana ”Kecemerlangan Mahasiswa: Pra, Semasa & Pasca” kepada Mahasiswa INTEC (Oversea) UiTM di Kem Bumi Jati, Klang Selangor pada 24 September (Sabtu).
5. Ceramah Motivasi Perdana ”Mahasiswa & Cabaran kepada Mahasiswa Kolej SAL, Kampus SAL di Kuala Lumpur pada pukul 11.00am-1.00pm 28 September(Rabu)
.6. Ceramah Motivasi Perdana ”Kecemerlangan Akademik & Syahsiah” kepada Pelajar-Pelajar Se. Men. Bandar Sunway, Selangor pada 9.00pm-11.00pm di Kem Institut Budaya Baru Melayu (IBBM), Kemensah, Selangor pada 28 September(Rabu).

2004

1. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Belia Selangor di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 10 Januari.
2. Ceramah Motivasi “Kembali Kepada Fitrah” kepada belia Selangor di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 24 Januari.
3. Ceramah Motivasi “Teknik Menghadapi Peperiksaan” di Sek Men. Swasta Ampang pada 4 Februari.
4. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa UiTM oversea di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 14 Februari.
5. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa UiTM di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 12 Mac.
6. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Sek. Men. S 24 Shah Alam di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 10 April.
7. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Sek. Men. Tinggi Kajang di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 14 April.
8. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa UNITAR di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 11 Mei.
9. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Pelatih Pusat Serenti Dengkil di Pusat Serenti Dengkil pada 16 & 17 Jun.
10. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Pelatih Pusat Serenti Serendah, di Rawang Selangor pada 29 Jun.
11. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Belia Selangor di Impiana Resort Hulu Langat pada 9 Julai.
12. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Sek. Men. Banting di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 16 Julai.
13. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Pelatih Pusat Serenti Rawang, Selangor pada 11 Ogos.
14. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Pelatih Pusat Serenti Dengkil, di Dengkil Selangor pada 18 Ogos.
15. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa Medical Jerman UiTM di Institut Budaya Baru Melayu (IBBM) di Kemensah, Selangor pada 20 Ogos.
16. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa Medical Jerman UiTM di Institut Budaya Baru Melayu (IBBM) di Kemensah, Selangor pada 22 Ogos.
17. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Pelajar Sek. Men. Gombak Setia, Selangor pada 28 Ogos.

2003

1. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Belia 4B, Cheras di Rawang Selangor pada 22 & 23 Februari.
2. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Pelajar UiTM ke Oversea & Kuliah Moral di Wood Resort Ulu Yam Selangor pada 8 & 9 Mac.
3. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” di Wood Resort, Ulu Yam, Selangor pada 16 Mac.
4. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” di Wood Resort, Ulu Yam, Selangor pada 21 Mac.
5. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Belia Kuala Selangor di Kuala Selangor pada 29 & 30 Mac.
6. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Pelajar Kawasan Kelana Jaya di Kelana Jaya pada 12 & 13 April.
7. Misi Bantuan Kemanusiaan ke Kemboja pada 14 hingga 18 April.
8. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Belia MPAJ di Wood Resort Ulu Yam Selangor pada 26 & 27 April.
9. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada pelajar SAL Kolej di Wood Resort, Ulu Yam, Selangor pada 4 Mei.
10. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Pelajar Asrama Yayasan Selangor di Wood Resort Ulu Yam Selangor pada 10 & 11 Mei.
11. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Pelajar Sek. Men. Tg. Ampuan Jamaah, Klang di Wood Resort Ulu Yam Selangor pada 14 & 15 Jun.
12. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada pelajar PPP UiTM di Wood Resort, Ulu Yam, Selangor pada 28 Jun.
13. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada pelajar UiTM ke Jerman di Wood Resort, Ulu Yam, Selangor pada 11 Julai.
14. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Pelatih Pusat Serenti Dengkil di Pusat Serenti Dengkil pada 16 Julai.
15. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Mahasiswa Intac-UiTM di Wood Resort Ulu Yam Selangor pada 26 & 27 Julai.
16. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Belia Briefield di Wood Resort Ulu Yam Selangor pada 8 & 9 Ogos.
17. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa UNITEN di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 3 Ogos.
18. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa UNITEN di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 9 Ogos.
19. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Mahasiswa KISDAR di Bangunan Kampus KISDAR pada 6 & 7 September.
20. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa UiTM di Bumi Jati Klang, Selangor pada 27 September.
21. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa UNITAR di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 5 Oktober.
22. Ceramah Motivasi “Membentuk Jiwa yang positif” kepada Mahasiswa UiTM di Wood Resort, Ulu Yam Selangor pada 11 Oktober.
23. Ceramah Motivasi “Pengurusan Masa Dalam Islam kepada staf GMI di German Malaysian Institut pada 6 November.
24. Ceramah Agama “Ramadhan Membentuk Jiwa Manusia di Surau Subang Bestari pada 16 November.
25. Motivator, Trainer & Fasilitator kepada Belia 4B, Cheras di Rawang Selangor pada 22 & 23 Februari.

2002

1. Motivator, Trainer & Fasilitator di Wood Resort Ulu Yam Selangor pada 28 & 29 Mei.
2. Motivator, Trainer & Fasilitator di Wood Resort Ulu Yam Selangor pada 8 & 9 Jun.
3. Ceramah Motivasi di Wood Resort Ulu Yam Selangor pada 25 & 26 Julai.
4. Master trainer di Program Motivasi Sek. Men. Methodist Kuala Lumpur 10 & 11 Ogos.

Read more...

Channel Youtube Sabri

Diari Aktiviti

Dapatkan maklumat tentang aktiviti yang disertai Sabri sebagai Penceramah, Pengkuliah dan Konsultansi. Klik Sini

Senarai Ceramah

Dapatkan Senarai Ceramah Sabri. Klik sini.

Gambar

Lihat Gambar terbaru Sabri. Klik sini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP